04 October 2010

JANGAN BACA ARTIKEL INI!!!

Jangan baca artikel ini. Kenapa anda baca? Ini merupakan ayat ke-3 anda baca. Kenapa masih meneruskan bacaan anda? Anda tidak akan mendapat apa2 jika ingin terus membaca statement ini. Sila berhenti membaca. BERHENTI!!!

Huh! Anda lagi? Masih tetap mahu membaca? Perhatian!! Jangan baca! Sila Berhenti! Anda bijak bukan? Ayat sesenang dan sesimple ini terlalu mudah untuk difahami. JANGAN BACA ARTIKEL INI!!! Ada yang tidak kena pada diri anda? Setelah belajar berkurun lama tetapi tidak dapat mengawal disiplin diri anda untuk mematuhi peraturan ini. Perasaan ingin tahu? Itukah yang menguasai anda sekarang? Tapi ingat! Jangan salahkan saya jika sesuatu terjadi kepada diri anda selepas membaca artikel ini. Saya beritahu sia-sia sahaja anda meneruskan bacaan ini.

Apa? Anda sekali lagi? Orang macam ini pun ada ke? Jadi tidak guna saya memaksa anda. Kalau itu mahunya anda saya terpaksa berterus terang tetapi buat sekian kalinya saya merayu kepada anda....BERHENTI DARIPADA MEMBACA ARTIKEL INI!!!

Sekarang semuanya sudah terbongkar! Anda kehilangan sesuatu yang berharga dengan membaca artikel ini. Masih tidak percaya? Percaya atau tidak bahawasanya anda telah kehilangan 1 minit 60 saat masa anda. Tertipu? Eeii geramnya...marah? Terasa diri diperkotak-katikkan? Salah anda! Jangan salahkan saya.

Saya telah beri amaran kepada anda supaya JANGAN BACA! JANGAN BACA ARTIKEL INI!!! BERHENTI DARIPADA MEMBACA ARTIKEL INI!!! Masih ingin teruskan? Jika ya ketahuilah bahawa anda seorang yang hypocrite, degil, dan tidak berdisiplin. Jika anda menghabiskan bacaan ini bermakna anda gagal dalam ujian ini.

RENUNG2KAN & SELAMAT BERAMAL...

No comments: